RSS

Daily Archives: September 24, 2012

Flower Worksheet

Salam 1 Malaysia,

Di sini saya ingin berkongsi lembaran kerja yang bertemakan bunga. Lembaran ini saya dapat dari sebuah laman web http://homeschoolcreations.com. Jika dilihat dalam laman web tersebut banyak lembaran yang berkaitan dengan tema tumbuh-tumbuhan dalam Bahasa Inggeris. Boleh download free setiap part 1 sampai bonus pack. Di bawah adalah sebahagian lembaran kerja yang terdapat dalam part 2 dalam bentuk pdf.

Ini contoh lembaran yang terdapat dalam laman web yang dinyatakan di atas

Ini salah satu contoh hasil kerja murid

Murid-murid diberi lembaran kerja seperti yang di atas, kemudian mereka menyambung titik-titik hingga menjadi perkataan. Alhamdulillah murid dapat membaca dan memahami setiap perkataan yang ditulis. Lepas itu, murid dikehendaki menggunting gambar tersebut dan mencatumkan semula gambar dan perkataan dengan betul.

 
2 Comments

Posted by on September 24, 2012 in Uncategorized

 

Bapaku Pulang Dari Kota

Salam 1 Malaysia,

Pada minggu lepas murid-murid prasekolah ada membuat satu aktiviti kraft kreatif membuat kereta bergerak menggunakan lidi kelapa. Kiranya seperti membuat diorama. Sambil mereka menyanyikan lagu ‘bapaku pulang dari kota” mereka menggerakkan kereta yang telah diwarnakan dan digunting dan ditampal pada sebatang lidi kelapa. Namun pada sebelum itu, murid mewarnakan gambar bukit dengan menggunakan warna crayon seperti di bawah:

Lembaran Gambar Bukit

Gambar bukit yang telah siap diwarnakan dengan crayon

Kereta merah yang telah diwarnakan oleh guru

Ok, gambar yang saya upload di atas adalah hasil usaha dari guru sendiri, namun gambar yang saya uploadkan di bawah ini adalah hasil tangan murid-muridku sendiri dengan bimbingan gurunya.

Rakan-rakan boleh mencuba aktiviti ini, tentunya seronok sambil menggerakkan kereta itu dibukit yang terdapat pada gambar yang telah diwarnakan itu.

Ini hasilnya, gambar bukit itu mesti dipotong agar kereta boleh bergerak.

Ini hasil jari-jemari muridku..tahniah buat mereka

Bagaimana?..cantikkan apa kata rakan-rakan boleh mencubanya. Selamat mencuba!!

 
Leave a comment

Posted by on September 24, 2012 in Uncategorized

 

Latihan Sukaneka Prasekolah

Salam 1 Malaysia,

Hai, rasa letihnya hari ini. Almaklumlah seharian melatih murid kesayanganku bersukan. Hampir setiap hari mereka berlatih. Pada hari ini cuaca sangat panas. Jadi sampai cikgu dan mama (PPM) sakit kepala pula. Tapi tak mengapa sebab itu sudah menjadi tanggungjawab dan amanah..so kena teruskan juga.

Latihan sukaneka ini dijalankan kerana pada hari Rabu ini iaitu 26hb September 2012 ada Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Pulapah kali ke 25 peringkat sekolah.  Bagi memeriahkan majlis, prasekolah pun turut sekali bertanding dalam sukaneka yang dirancang oleh guru dan ppm. Murid-murid bertanding dalam pertandingan bawa bola pingpong dengan sudu, menyusun tin ikut urutan nombor dan mari memancing ikan. Tengok gelagat mereka tadi, mereka seronok sangat walaupun cuaca panas.

Mari memancing ikan

Murid memancing di atas darat.

Ini adalah salah satu acara yang dipertandingkan, diharap murid-murid pada masa hari sukan nanti dapatlah memancing ikan ini dengan lebih banyaknya. Apapun yang penting mereka seronok. Semoga Berjaya.

 
Leave a comment

Posted by on September 24, 2012 in Uncategorized

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: